Saturday, April 24, 2010

Hari Sabtu yang menggembirakan hatiku!!

24.04.2010 : Sabtu
Manchester United LWN Tottenham Huspurs ( 3 -1 )
Tempat : Old Trafford
Penjaring : Ryan Giggs ( 58, 86 ) Nani ( 81 ) - Manchester United
                 Ledley King ( 70 )

Giggs menjadi tapi Berbatov memang susah nak dapat kepercayaan AF. Rooney " injured " tak habis - habis lagi. Jadi, terpaksalah AF turunkan Berbatov dan Macheda ( yang masuk separuh masa kedua menggantikan Rafael Da Silva ).

Macam biasa MU main sebaik mungkin dan separuh masa pertama sahaja banyak percubaan dari Nani, Berbatov, Evra, Fletcher dan Giggs juga gagal disempurnakan dengan baik dan penjaga gol Spurs ( Gomez ) juga bermain dengan baik.

Spurs pulak melalui Palyunchenko dan Defoe mempunyai peluang juga tapi tidak sebanyak MU. MU bermain lebih baik dibandingkan dengan seri pada perlawanan Blackburn 2 minggu yang lepas. Gol bermula apabila Evra dijatuhkan didalam kotak penalti oleh Ekotto. Giggs sempurnakan pada minit ke-58 walaupun Gomez dapat menyentuh bola di hujung jarinya.

Dengan beberapa percubaan lagi dari MU tetapi nasib tidak menyebelahi MU. Dengan kelekaan Rafael pada minit ke-70, King dapat mencuri tandukan walaupun menekan bahu Fletcher ( pengadil betullah!... ni pon tak nampak ) dan dapat melepasi garisan gol MU dengan Van De Sar hanya dapat melihat bola menerjah gawangnya. Ahh.. benggangnya dengan Rafael !! Dah UCL pon disebabkan dia MU kalah aggreget ( Rafael kena buang pada la pada permulaan masa kedua selepas MU dahului 3-1 ).

Nani pulak dengan permainan cantik berganding dengan Macheda dapat membolosi pertahanan Spurs dengan penyudah " best goal of the game " menyeduk bola melepasi Gomez yang terkangkang nak menyelamatkan gawang beliau. Gol itu pada minit ke-81.

Selepas itu MU bertambah yakin dan menguasai perlawanan babak terakhir seperti dulu-dulu dan gol terakhir muncul apabila Nani dijatuhkan lagi!!! oleh Palacios ( kawan baik Valencia di Wigan ). Seperti biasa keyakinan Giggs meleburkan impian Spurs dengan sepakan yang sama seperti gol pertama cuma dibahagian yang lain.

3-1, itulah yang akan membuat Terry dan konco-konconya mengigit bibir beramai-ramai dan pastinya mahu menang melawan Stoke City esoknya. Jika tidak 3"point" maknanya MU memanglah pasukan yang suka membuat percaturan yang mendebarkan untuk memenangi BPL buat kali ke-4 berturut-turut. Wah!! rekod.. rekod.. rekod

Chelsea.. tunggu esok ye...

Bye

No comments:

Post a Comment